Pengikut Boyzzonne

Wednesday, June 20, 2012

Dadah baharu elak hukuman mati


Jabatan Kimia menemui bahan baharu yang digunakan sindiket dadah dalam penghasilan pil Eramin 5 bagi mengaburi mata pembeli dan pihak berkuasa untuk mengelakkan mereka daripada dijatuhi hukuman gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kimia, Chang Hon Fong berkata, penemuan itu dikesan dalam kajian kandungan pil Eramin 5 yang dirampas di sebuah makmal pembuatan dadah di Klang, Selangor pada Mei lepas.
"Pada kebiasaannya Eramin 5, iaitu dadah sintetik, mengandungi Nimetazepam iaitu sejenis dadah berbahaya yang diubahsuai untuk
dijadikan sebagai penghilang rasa tekanan oleh pengamalnya.
"Namun begitu, bagi kes terbaharu di Klang, hasil pemeriksaan kita mendapati penghasilan Eramin 5 oleh makmal haram tersebut menggunakan Phenazepam, sejenis bahan yang diklasifikasikan di bawah Akta Racun 1952, yang hanya dikenakan hukuman denda saja," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Hari Terbuka Kimia 2012

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive