Pengikut Boyzzonne

Saturday, June 23, 2012

Gadis 20 tahun diCulik di KL, kurung di JB


 Seorang wanita berusia 20 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dikurung hampir lima hari di sebuah rumah di Johor selepas diculik seorang lelaki ketika berada di sebuah hentian bas di ibu kota.

Mangsa diculik jam 12 tengah hari pada 15 Jun lalu sebelum meloloskan diri dari kurungan seorang lelaki berusia lewat 20-an, lima hari kemudian.

Menurut sumber, mangsa yang sedang menunggu bas di hentian berkenaan dihampiri seorang lelaki mendakwa mahu menghantarnya pulang ke rumah.

“Mangsa yang enggan menerima pelawaan lelaki itu kemudian dipaksa menaiki sebuah bas sebelum dibawa ke Johor.

Mengulas lanjut kejadian itu, sumber berkata, mangsa terpaksa mendiamkan diri sepanjang berada dalam bas kerana diugut akan dicederakan lelaki terbabit.
“Selepas tiba di Johor, lelaki itu membawa mangsa pulang rumahnya di Masai. Mangsa mendakwa dikurung lima hari di rumah berkenaan.

Wanita terbabit memberitahu tidak dibenarkan meninggalkan rumah itu dan lelaki terbabit tidak memberitahu tujuannya mengurung mangsa,” katanya memberitahu, mangsa akan dimarahi selain diugut untuk dicederakan sekiranya mempersoalkan tindakan lelaki itu.

Kira-kira jam 10 malam pada 20 Jun lalu, mangsa meloloskan diri sebelum bergegas membuat laporan di balai polis berhampiran ketika lelaki terbabit tidur.

Menurutnya, biarpun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kini trauma dengan kejadian menimpanya itu.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive