Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 15, 2012

Atlet Ambil Kesempatan Menetap Di Britain


London –Sukan olimpik 2012 telah digunakan sepenuhnya oleh atlet dari negara Afrika untuk mengelak daripada dihantar
pulang ke negara masing-masing..
Setakat ini 15 atlet telah menghilangkan diri atau mengemukakan permohonan suaka bagi membolehkan mereka menetap di Britain.
Menurut Jabatan Imigresen Britain, jumlah tersebut dijangka meningkat terutama memandangkan visa atlet terbabit hanya tamat pada bulan November ini, justeru memberi peluang kepada mereka untuk mencari penaja bagi membolehkan mereka menetap di situ.
Antaranya adalah lima atlet dari Cameroon yang nekad tinggal di Britain.
Pihak berkuasa setakat ini enggan memberikan maklumat lanjut mengenai atlet terbabit namun mereka dipercayai atlet yang terbabit dalam sukan boxing.
Selain itu, dua atlet Sudan dan seorang atlet dari Habsyah juga dilaporkan telah mengemukakan permohonan suaka manakala tiga lagi atlet dari Cameroon termasuk Cedric Mandembo dilaporkan hilang.
Mandembo, yang juga atlet judo dikatakan telah menghilangkan diri sebaik sahaja sukan Olimpik itu berakhir.
Dia yang menamatkan perlawanan dalam masa 49 saat dilaporkan meninggalkan perkampungan sukan tanpa sebarang khabar berita.
Mandembo juga gagal dihubungi melalui telefon bimbitnya.
Tidak terkecuali mengambil kesempatan menghilangkan diri ialah jurulatih judo Congo, Ibula Masengo, jurulatih boxing, Blaise Bekwa serta pengarah teknikal negara tersebut Guy Nkita.
Mereka dilaporkan menghilangkan diri dengan membawa bersama beg pakaian.
Kesemua mereka menghilangkan diri ketika sukan Paralimpik dijadual bermula dalam masa dua minggu lagi.
Keadaan ini mencetuskan kebimbangan jumlah atlet yang akan menjadi pelarian di Britain akan meningkat dalam masa beberapa bulan lagi.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive