Pengikut Boyzzonne

Monday, August 13, 2012

Cara Terbaik Ungkap I Love U


Ingin melafaskan I Love U buat insan kesayangan hati tapi tak tau bilakah saat  yang sesuai? ya, sebagai seorang pencinta  pastinya kita ingin si dia tahu apa yang terpendam di hati agar dia tahu dirinya sangat disayangi dan dihargai. Tetapi kadang kala ada di antara
kita terburu-buru melafaskan I Love U dan akhirnya impian memikat dan memiliki si dia terus hancur akibat terburu-buru melafaskannya.

Sesetengah wanita terutamanya inginkan insan tersayang melafaskan kata sayang, tapi ada juga yang tak mahukan lafaz sayang terlalu kerap kerana pada mereka jika kerap sangat feel tu tak terasa dan seakan tiada nilai kata sayang tu.

Bagi kaum Adam pula, walaupun nampak tegas dan kadang kala sedikit ego, namun mereka juga mahukan belaian sayang dan kata indah dari insan kesayangan mereka. Bilakah saat yang sesuai tu? jom kita lihat:
1. Apabila saat kalian berdua sedang merasa keindahan cinta dan bermesra bersama. Contohnya sedang menikmati keindahan tasik bersama, sedang memancing dan berbual mesra bersama.

2. Apabila sudah pasti yang kamu benar-benar cintakan si dia dan ingin si dia menjadi milik kamu

3. Apabila perhubungan kalian sudah kukuh dan sudah declair jadi pasangan kekasih dan menuju ke arah gerbang perkahwinan kerana nilai ungkapan itu sangat tinggi dan tidak boleh di lafaz terlalu kerap.

4.Bagi pasangan yang telah berkahwin pastikan sebelum tidur dan sebelum pergi kerja ungkapkan kata i love u agar ia dapat semarakkan kasih antaran anda dan pasangan

5.Pada hari-hari penting bagi anda dan si dia contohnya pada hari ulang tahun perkahwinan kalian agar si dia tahu anda masih sayangkan dirinya sama seperti dulu tanpa merasa kurang kasih sayang kamu terhadapnya.

6.Saat berjauhan- Bila si dia jauh dari kita contohnya out station. Tak salah selepas berbual di talian telefon ungkapkan i love u padanya.

7. Saat terluang- Tak salah jika saat terluang send text i love u buat si dia. Mungkin si dia akan merasa teruja dan sangat gembira tiba-tiba kita melahirkan rasa sayang padanya.

8.Waktu menonton bersama- Waktu berdua menonton tv bersama pun boleh juga ungkap kata sayang tu agar kasih antara kalian akan subur sentiasa. Perlu diingat kasih sayang perlu disiram dan dibajai selalu jika tidak kasih akan suram dan kering gersang. Akhirnya mati dan tak berseri.

9.Saat si dia hamil- Jika isteri kita hamil..apa kata ungkapkan kata sayang padanya kerana itu menggambarkan betapa gembiranya kita bakal mendapat cahaya mata .

10.Saat si dia sakit- Jika si dia sedang sakit apa kata selalu ungkapkan i love u agar dia tidak risau kasih kita berkurangan terhadapnya. Biasanya orang yang sakit terlalu emotional dan merasa diri mereka menjadi beban dan insan sekeliling tak akan sayangi mereka terutama insan yang mereka cinta. Bagi melegakan perasaan mereka itu selalulah ungkapkan i love u padanya.

Moga kita sentiasa berbahagia di samping insan tercinta.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive