Seorang wanita yang juga guru sekolah di Texas, Amerika Syarikat dituduh menggoda empat orang pelajarnya untuk membuat hubungan seks berkumpulan bersama dengannya.
Malah, wanita tersebut turut memerlukan salah seorang pelajarnya itu untuk menjadi
jurukamera bagi merakam aksi panas mereka.
Brittni Colleps, 28 dari Fort Worth, Texas dihadapkan ke muka pengadilan apabila dia dituduh menghantar lebih dari 100 mesej pesanan ringkas (sms) yang berbaur seks kepada salah seorang pelajar yang terlibat.
Setiap sms yang dihantar menjadi semakin ‘hebat’ apabila sms tersebut berjaya meyakinkan keempat-empat pelajarnya untuk melakukan hubungan itu.
Memetik laporan Fox US News, kesemua pelajarnya itu bersetuju untuk menjalinkan hubungan seks bersamanya.
Colleps, ibu kepada tiga orang anak dan juga bekas guru bahasa Inggeris di Kennedale High School turut mengakui yang dia ada menceritakan berkenaan pasangan seksnya, alat mainan seks dan pelbagai lagi cerita berunsurkan seks kepada pelajar-pelajarnya.
Salah seorang pelajar turut mengakui yang gurunya sering menggambarkan dirinya seperti ‘wanita bercirikan seks’.
Selain itu, salah seorang pelajar turut mengakui yang dia pernah menjalinkan hubungan seks dengan guru tersebut sebanyak lima kali.
Empat kali daripadanya melibatkan lebih dari seorang pelajar.
Menurut Fox US News, keempat-empat pelajar tersebut memberitahu mahkamah yang mereka telah melakukan hubungan seks bersama Colleps dalam satu masa yang sama.
Pita rakaman kejadian ‘panas’ itu telah dimainkan dalam mahkamah sebagai bukti pertuduhan.
No comments:
Post a Comment