Pengikut Boyzzonne

Friday, August 17, 2012

Pengasas WikiLeaks dapat perlindungan Ecuador


QUITO: Ecuador akan memberi perlindungan kepada pengasas WikiLeaks, Julian Assange, tanpa mempedulikan amaran Britain untuk menyerbu kedutaan negara itu bagi membolehkan dia
diekstradisi ke Sweden.
Menteri Luar Ecuador, Ricardo Patino, berkata negara yang sepatutnya melindungi Assange gagal berbuat demikian.

“Assange menjadi mangsa pendakwaan politik. Jika diekstradisi ke Amerika Syarikat, dia tidak akan mendapat perbicaraan adil,” katanya, semalam. Assange dikehendaki di Sweden untuk disoal siasat berhubung dakwaan kes rogol serta cabul. Kata Patino, perlindungan adalah hak asasi manusia yang asas dan Assange berhak untuk tidak diekstradisi ke mana-mana negara. - Reuters

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive