Pengikut Boyzzonne

Thursday, August 16, 2012

Pasangan suami isteri litupi setiap sudut rumah dengan pokok bunga


LONDON: Sepasang suami isteri menghabiskan masa hampir tiga dekad menanam pelbagai jenis pokok bunga bagi menghias setiap sudut rumah mereka.
Bagi Anne dan Robin Strange, setiap masa lapang akan digunakan untuk
menjaga pokok bunga itu sejak mereka mula menanamnya 26 tahun lalu. Kata Anne, 65, ketika in mereka masih menambah bilangan pokok bunga di situ.

“Kami menghabiskan banyak wang setiap tahun untuk membeli benih dan pokok, sebelum menjaganya dalam rumah hijau sebelum menanamnya di tempat terbuka pada pertengahan Jun,” katanya. Menceritakan bagaimana dia mula menanam pokok bunga, Anne berkata, dia dan suaminya berada di York pada satu hari dan terpandang banyak pasu digantung di situ. “Sejak itu kami mula menanam bunga dan jumlahnya terus bertambah,” katanya. Menetap di Coniston Cold, Yorkshire Utara, rumah pasangan itu memang mudah menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan di situ. Malah, seorang wanita menghantar baucer hadiah kepada mereka setiap sambutan Krismas sebagai menghargai kegigihan pasangan terbabit.

Untuk mengairi tanaman itu, Strange yang pernah bekerja dengan syarikat Tree Tops Forestry menyediakan sistem khusus bagi menyalurkan air secara automatik. - TS

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive