KUALA LUMPUR: “Anak sempat memberitahu ibunya dan menulis nota kepada pemandu ambulans memaklumkan teman lelaki yang membakarnya sebelum tidak sedarkan diri,” kata bapa gadis mangsa dibakar teman lelaki, Mat Zaki Mat Hussin, 45.
Menurutnya, mangsa, Nurul Firzanah, 16, masih dalam
keadaan kritikal kini dirawat di unit kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL).Katanya, anak keduanya itu sudah tidak bersekolah sejak tingkatan dua seorang yang cekal apabila melarikan diri dengan hanya memakai pakaian dalam untuk meminta bantuan.
“Mujur ada seorang lelaki yang membantu anak selepas melihat dia berlari meminta bantuan.
“Pada masa sama, lelaki itu melihat terdapat dua motosikal milik teman lelaki anak dan rakannya ada di situ, manakala mereka sudah melarikan diri,” katanya di sini, semalam.
Mat Zaki berkata, hari ini anak gadisnya itu akan menjalani satu pembedahan di bahagian tengkuk ekoran terbakar teruk yang mungkin akan menyebabkan anaknya itu tidak boleh bercakap.
Harian Metro semalam, melaporkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun sempat menghubungi ibunya memaklumkan dirinya dibakar teman lelaki di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju.
No comments:
Post a Comment