Cuba lihat gambar model Jepun ini. Memiliki rupa paras yang amat menarik dan membuatkan ramai wanita yang cemburu dengan
dirinya.
Nama model ini adalah Kayo Satoh.
Sekarang anda harus juga tahu bahawa Kayo Satoh sebenarnya seorang lelaki.
Mengikut model itu, dia telah berpindah dari kampung halamannya untuk mengelak dirinya daripada dikenali orang. Dia kemudian memilih untuk hidup sebagai wanita dan menggunakan nama baru.
Kayo mendakwa dia tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik dan mendakwa kecantikan dirinya adalah asli.
Jika benar, maka make up pastinya memainkan peranan yang amat penting dalam mengubah wajah lelaki ini.
Dia bagaimanapun mengakui menyuntik hormon ke dalam tubuhnya sejak berumur 15 tahun.
Kayo dilahirkan pada 26 Disember 1988 di kawasan Aichi.
Pengakuan mengenai dirinya seorang lelaki dibuat tahun lalu dalam program televisyen Majotachi no 22ji. Ia dibuat selepas khabar angin mengenai jantina sebenarnya tersebar di internet.
Dia juga dikenali dengan nama Kayo Police dan merupakan seorang pemain permainan video Street Fighter yang disegani di Jepun.
No comments:
Post a Comment