Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 15, 2012

Sejam tahan azab pijar cili Giling


KAMPUNG TENGKAWANG - Seorang pemandu van bukan sahaja menahan kesakitan akibat tersepit di tempat duduk pemandu, tetapi dia juga terpaksa menahan ‘kehangatan’ cili giling hampir satu jam setelah kenderaan dipandunya terlibat dalam
kemalangan, di sini, pagi semalam.
Bagaimanapun, azab dihadapi Abd Rahman Ibrahim yang terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 9.45 pagi di hadapan Sekolah Kebangsaan Tengkawang itu berakhir apabila dia berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Kuala Berang.
Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku apabila van berisi muatan cili giling dipandu mangsa daripada arah Kuala Berang ke Sungai Tong itu merempuh sebuah lori tiga tan yang ketika itu ingin membelok ke kanan memasuki sebuah lorong.
Rempuhan menyebabkan mangsa tersepit susulan van itu remuk teruk dibahagian hadapan, selain puluhan bungkusan cili giling pecah serta bertaburan atas jalan raya sebelum mangsa berjaya dikeluarkan.
"Ketika sampai, mangsa didapati tersepit di tempat duduk pemandu selain kedua-dua kakinya juga tersepit.
"Operasi mengeluarkan mangsa daripada kenderaan mengambil masa 25 minit," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian yang turut menarik perhatian orang ramai termasuk pengguna jalan raya serta komuniti setempat.
Tinjauan mendapati, puluhan cili giling pecah bertaburan atas jalan raya dan di bahagian hadapan van dinaiki mangsa, namun lalu lintas lancar dengan bantuan anggota trafik dari IPD Hulu Terengganu walaupun laluan menghala ke Sungai Tong ditutup sementara.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive