Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 15, 2012

Tak sempat ganti baju raya

Anggota trafik melihat keadaan motosikal mangsa yang remuk. Gambar kecil: Muhammad Nazhif.


AYER KEROH - "Sebelum keluar, ibunya ada berikan RM50 untuk beli baju raya," kata Sharif Kaseh, 46, bapa kepada mangsa kemalangan maut di Lebuh Ayer Keroh, berhampiran Hospital Pantai, di sini, malam kelmarin.
Menurut Sharif, anaknya, Muhammad Nazhif Sharif, 17, mengambil duit berkenaan bagi membeli baju raya ganti, selepas baju yang
dibelikan sebelum ini diserahkan kepada adiknya.
"Sebelum kejadian, arwah ada pulang ke rumah untuk menghantar barangan dan kad tambah nilai yang dikirimkan ibunya. Namun, dia keluar semula secara tergesa-gesa kira-kira 9 malam tanpa memberitahu hendak ke mana," katanya.
Bagaimanapun, katanya,  dia percaya anaknya itu mahu membeli baju raya lain kerana sebelum keluar, isterinya, Yatimah Yusoff, 43, ada menghulurkan wang RM50.
"Ia bagi menggantikan baju  raya baru yang diberikan kepada adiknya sebelum ini selepas  baju yang dibelinya itu sempit dan tidak muat kerana badannya besar,” katanya ketika ditemui perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Melaka, di sini, semalam.
Menurut Sharif, anaknya merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Temu, di sini dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini

Dalam  kejadian kira-kira 10 malam itu, Muhammad Nazhif maut selepas diseret kira-kira 50 meter.

Motosikal jenis Yamaha SS yang ditunggangi mangsa dikatakan melanggar bahagian belakang sebuah kereta sebelum terjatuh, lalu diseret treler membawa muatan mozek yang datang dari arah sama.
Akibat kemalangan itu, Nazhif yang cedera di kepala dan badan maut di tempat kejadian, manakala dua rakannya yang menunggang sebuah motosikal lain dan turut terlibat apabila melanggar  sebuah kereta jenis Proton Wira, bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari sebuah pasar raya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) ke Bazar Ramadan Taman Cempaka untuk mencari baju raya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman mengesahkan kejadian.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive