Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 15, 2012

Geng Mirul Payung tumpas - Pencuri Motorsikal honda Ex5

Manoharan (kiri) menunjukkan sebahagian daripada casis yang berjaya dirampas daripada ‘Geng Mirul Payung’.


KUALA TERENGGANU - Kelicikan kumpulan pencuri motosikal Honda EX5 yang dikenali sebagai ‘Geng Mirul Payung’ akhirnya tewas apabila lapan suspek ditangkap dalam Ops Lejang (motosikal) pada 9 Ogos hingga 11 Ogos lalu.
Perancang utama kumpulan terbabit dikenali sebagai Mirul Payung, 19, dari Kampung Payong Baru, Sungai Tong, Setiu bersama
tujuh suspek lain berusia antara 15 hingga 42 tahun ditangkap di kawasan Sungai Tong, Setiu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, polis percaya dapat menyelesaikan 15 kes kecurian motosikal iaitu enam kes di Kuala Terengganu dan sembilan di Setiu dengan tertangkapnya ahli kumpulan itu yang dipercayai menjalankan kegiatan tersebut sejak tiga bulan lalu.
“Dua buah motosikal Honda EX5 dan lapan chasis motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha Lagenda berjaya ditemui hasil tangkapan itu,” katanya.
Menurutnya, tiga daripada suspek termasuk ketua kumpulan itu yang ditangkap adalah pencuri atau penjual motosikal curi tersebut, manakala selebihnya dipercayai pembeli atau orang tengah.
Katanya, modus operandi kumpulan itu adalah suspek utama akan pergi mencari sasaran iaitu motosikal jenis Honda EX5 yang tiada kunci tambahan atau tidak dikunci handle dengan menaiki motosikal bersama seorang rakan.
“Suspek akan memasukkan ‘master key’ berbentuk ‘T’ ke dalam lubang suis dan terus memulas serta merentap sehingga suis rosak atau terbuka.
“Motosikal yang berjaya dihidupkan akan dibawa ke kawasan terpencil di Sungai Tong, Setiu di mana motosikal itu akan dileraikan untuk mengambil alat ganti atau motosikal disimpan untuk diserahkan kepada pembeli dengan harga sekitar RM200,” katanya.
Kini, polis masih meneruskan siasatan ke atas kumpulan itu dan sedang mengesan enam lagi suspek dipercayai dapat membantu siasatan iaitu Khodir; Ajis; Mamat; Khairi; Yuti dan Ayen.
Kesemua mereka dipercayai tinggal di kawasan Setiu dan orang awam yang mengetahui atau mengenali dengan penama ini dapat salurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu melalui nombor telefon 09-6354722 atau hubungi terus kepada cawangan D4, IPK melalui nombor telefon 09-6354810.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive