Pengikut Boyzzonne

Wednesday, August 15, 2012

Najib Arah Kabinet Kaji Seksyen 114A


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi membuktikan bahawa pentadbirannya mengutamakan pendapat orang ramai apabila hari ini mengarahkan kabinet untuk membincangkan
Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang menjadi isu besar dalam alam maya.
Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang telah digazetkan pada Julai lepas.
“Saya telah meminta kabinet untuk membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950. Apa saja yang kita lakukan, kita mesti mendahulukan kepentingan rakyat,” kata Najib ringkas dalam ruang Twitternya.
Najib ketika ini berada di Mekah untuk Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Respon Perdana Menteri yang juga pengguna aktif laman sosial facebook, blog dan Twitter itu merupakan satu tindakan yang cepat daripada seorang pemimpin negara apabila sejak beberapa hari ini, akta itu mula mendapat tentangan pengguna internet.
Kempen-kempen tentangan terhadap akta itu dibuat oleh pertubuhan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan sepanduk yang dibuat oleh pertubuhan itu melalui laman facebook dengan tajuk ‘Stop 114A’ itu telah dimuat turun oleh pelbagai pengguna internet negara ini.
Akta 114A dikatakan bersifat berat sebelah kerana undang-undang boleh mendakwa mereka yang menyiar dan menyalin semula atau memaparkan kandungan seperti hasutan dan fitnah walaupun bukan mereka yang menghasilkan bahan itu. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive