Pengikut Boyzzonne

Thursday, August 16, 2012

Irma Hasmie Mangandung, Suami Kuat Makan


KUALA LUMPUR – Isteri yang mengandung, suami pula mengidam. Begitulah yang berlaku buat suami kepada pelakon dan pengacara Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang melalui tabiat pelik selepas
isterinya itu disahkan berbadan dua.
Redza berkata, apabila mendapat tahu isterinya hamil lima minggu, dia menjadi seorang yang kuat makan tetapi Irma hanya mengalami alahan biasa seperti mana yang dilalui kebanyakan wanita mengandung lain.
“Isteri tidak mengidam apa-apa lagi setakat ini tetapi sebaliknya saya pula yang mengidam nak makan macam-macam sehingga menjadikan saya seorang yang kuat makan,” ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Redza berkata buat sementara ini dia akan menemani isterinya untuk menghadiri majlis-majlis tertentu kerana bimbang keadaan isterinya yang mengalami alahan akibat mengandung.
“Jika terjadi apa-apa susah pula. Lebih baik saya menemani dia ke mana-mana selepas ini tambahan pula dengan cara itu ia boleh mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri,” ujarnya.
Redza turut menambah walaupun masih pada peringkat awal tetapi dia sangat teruja untuk bergelar seorang bapa.
Sementara itu, Irma memberitahu kandungannya berada di dalam keadaan baik cuma dia tidak boleh menikmati makanan dan sentiasa mengalami muntah-muntah.
“Syukur Alhamdulillah dengan kurniaan ini dan saya berharap semua mendoakan yang terbaik buat diri saya,” katanya. - mStar Online

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive