Pengikut Boyzzonne

Friday, August 17, 2012

Syawal ceria bagi 13 beranak miskin

FATIMAH (kiri) bersama Ahmad (kanan) dan anggota keluarganya ceria melihat baju raya di rumah mereka di Kampung Baru, Padang Perahu, Jitra semalam.

JITRA – Syawal kali ini amat bermakna bagi 13 beranak miskin di Kampung Baru, Padang Perahu di sini kerana kebimbangan bumbung rumah bocor dimasuki air apabila hujan sudah tinggal kenangan.
Mereka yang terdiri daripada dua keluarga boleh menarik nafas lega kerana
atap yang terpaksa diikat bagi mengelak diterbangkan ribut sudah diganti baharu akhir April lalu.
Fatimah Doon, 56, memberitahu, dia dan keluarga bersyukur boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan ceria tanpa bimbang rumah digenangi air apabila hujan.
“Tidak dapat dibayangkan kegembiraan saya sekeluarga Syawal ini apabila melihat bumbung rumah yang bocor lebih empat tahun lalu sudah dibaiki,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Pembaikan bumbung yang meliputi kerja-kerja menggantikan atap dan kayu alang baharu yang menelan kos RM8,000 itu dibuat hasil sumbangan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharum yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Rumah tiga bilik itu juga didiami suami, Ahmad Mad Saman, 59, serta anak perempuannya yang sudah berkahwin, Hasnita, 29, dan suaminya, Mohd. Rafi Halim, 24, serta dua anak mereka.
Tujuh lagi anak pasangan itu yang menetap bersama ialah Harun Ridzuan, 25, Siti Hajar, 22, Siti Hawa, 19, Hasanuddin, 16, Mohd. Hakimi, 15, Marina, 13, dan Husin Al-Hafiz, 11, manakala dua anak yang sudah berkahwin Hamidah, 34, dan Halimatun, 32, tinggal berasingan.
Menurut Fatimah, dia dan keluarga tidak dapat melupakan peristiwa malam Syawal dua tahun lepas apabila hujan lebat menggenangi rumah mereka.
“Ketika itu saya dan keluarga sibuk membuat persiapan termasuk merebus ketupat tetapi disebabkan air masuk rumah, bekas mengisi ketupat terpaksa digunakan untuk menadah air hujan dan rumah pula terpaksa dicuci,” katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive