Mangsa, Muhamad Hazwa Faiz Saad, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Suleiman dikatakan terlibat dalam
kemalangan di kilometer 12 , Jalan Kangar-Padang Besar ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah motosikal yang hendak membelok ke taman perumahan berhampiran di seberang jalan sebelum motosikalnya dirempuh dan mangsa terbabas.
Menurutnya , Muhamad Hazwa yang terjatuh di laluan bertentangan kemudiannya dilanggar oleh seorang penunggang motosikal warga emas yang datang dari arah Padang Besar.
“Akibat kecederaan serius di kepala, Muhamad Hazwa maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat,” katanya.
Sementara itu, rakan mangsa, Mohd Azrul Aziz, 17, berkata, semasa dia berjumpa arwah kali terakhir sebelum kejadian mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan dan berkelakuan seperti biasa.
“Arwah memang seorang yang banyak bercakap, semasa saya berbual dengannya buat kali terakhir, dia tidak menunjukkan sebarang perubahan yang menandakan dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
“Kami baru sahaja selesai menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Rabu baru-baru ini, tidak sangka dia pergi dulu sebelum sempat menghabiskan peperiksaan sebenar,” katanya.
No comments:
Post a Comment