Salford : Sepasang kekasih menjadi sensasi internet selepas suara rakaman mereka ketika asyik melakukan hubungan seks dimuat naik dalam internet dan telah dilayari sehingga
sejuta orang.
Rakaman selama 26 saat itu dimuat naik oleh jiran pasangan berkenaan di dalam twitternya selepas dia bengang dan tidak dapat tidur kerana bunyi jeritan yang terlalu bising itu.
Namun kini, lelaki tersebut, Lee Moore takut dia akan menjadi mangsa balas dendam pasangan berkenaan.
“Suara pasangan wanita itu sangat nyaring. Mereka pasti tidak akan suka dengan saya,” katanya.
Lee menggunakan telefon bimbitnya untuk merakamkan bunyi bising seks di flat dua tingkat di Salford selepas beberapa kali berusaha untuk melelapkan mata.
“Keadaan itu berterusan sehingga sejam. Saya terpaksa keluar ke balkoni untuk mencari di mana bunyi itu. Seorang wanita di tingkat bawah turut menjerit meminta pasangan berkenaan menutup tingkap rumah mereka,” katanya.
Lee kemudiannya meninggalkan nota di lobi flat tersebut dengan memberitahu bahawa perbuatan pasangan itu yang menjerit dengan kuat ketika melakukan hubungan seks amat memalukan dan menggangu orang lain.
“Kepada mereka yang membuat saya terjaga pada waktu malam, anda kini dalam internet dan semua orang boleh mendengar bunyi anda.
“Lain kali tutup tingkap,” tulis Lee dalam nota tersebut.
Dia turut menulis akses internet tersebut.
Namun Lee tidak menyangka, rakannya telah memuat naik twitternya itu ke dalam forum sehingga rakaman itu menjadi terkenal. – My News Hub
No comments:
Post a Comment