Pengikut Boyzzonne

Thursday, August 16, 2012

VIDEO: Bila Metallica ‘Nyanyikan’ Lagu Raya


Tinggal dua hari sahaja lagi semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tanda kemenangan setelah berpuasa selama sebulan di bulan mulia, Ramadhan.
Segala persiapan untuk meyambut Hari Raya pastinya sedang
giat dilakukan.
Kalau di dapur, sudah tentu sibuk menyiapkan kuih-muih yang berbagai rasa dan bentuk untuk dijamu kepada tetamu yang berkunjung nanti.
Tak kurang juga bagi sesiapa yang masih lagi sibuk mencari baju-baju baru untuk dipakai di pagi Hari Raya.
Ditambah dengan dendangan lagu-lagu raya di corong-corong radio, ramai yang tidak sabar menunggu tibanya Hari Raya.
Di laman You Tube, terdapat satu video kumpulan Metallica yang menyanyikan lagu Hari Raya.
Apa-apa pun, video ini bukanlah yang tulen di mana dinyanyikan sendiri oleh kumpulan Metallica.
Ia hanyalah video yang diedit supaya nampak seperti Metallica menyanyikan lagu Hari Raya.
Semoga, video ini membuatkan anda terhibur dan gembira menyambut Hari Raya yang bakal menjelama nanti.
Selamat Hari Raya!

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive