Pengikut Boyzzonne

Monday, September 17, 2012

Dividen interim RM400 bukan penyedap hati peneroka


SEREMBAN - Pemberian dividen interim sebanyak RM400 kepada 112,635 peneroka Felda adalah hasil daripada keuntungan saham selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia dan bukannya dibuat secara sesuka hati untuk "menyedapkan" hati peneroka.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, pemberian
dividen interim itu dibuat setelah mengambil kira nilai keuntungan 5.5 sen sesaham hasil daripada dua bentuk saham iaitu 800 unit saham yang dikhususkan kepada setiap peneroka dan Dana Amanah Peneroka yang diuruskan oleh Felda.
"Pihak pembangkang kata kita mahu menyedapkan hati peneroka tetapi sebenarnya kita bukan buat sesuatu untuk menyedapkan hati tetapi kita kena buat berdasarkan apa yang kita ada.
"Kita tidak akan buat sesuatu sesuka hati kerana pihak Jawatankuasa Audit Bursa Malaysia tidak akan benarkan kita memberi dividen interim kalau kita tidak untung atau sekadar mahu menyedapkan hati," katanya pada majlis Aidilfitri UMNO Cawangan Dataran Senawang dekat sini malam kelmarin.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive