Pengikut Boyzzonne

Monday, September 17, 2012

House of Zaira bakal miliki 10 gedung

House of Zaira
JAYESH KAMDAR (kiri) dan Paresh pada majlis prapelancaran cawangan House of Zaira di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - House of Zaira Sdn. Bhd. (House of Zaira) menyasarkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 10 buah gedung fabrik hiasan rumah di seluruh negara menjelang tahun 2014, berbanding empat yang
ada pada masa ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan House of Zaira, Jayesh Kamdar berkata, pihaknya sedang berbincang dengan beberapa pengendali pusat beli-belah utama khususnya di Johor, Pulau Pinang dan Sarawak bagi tujuan tersebut.
"Memberi fokus kepada bandar utama di seluruh negara, House of Zaira menawarkan pelbagai fabrik kelengkapan rumah yang menarik dan berkualiti tinggi dengan rekaan terkini yang memenuhi segenap cita rasa dan keperluan pelanggan.
"Semua fabrik diperoleh daripada serata dunia dan ia dipilih dengan teliti agar bersesuaian dengan pasaran tempatan di samping bersifat eksklusif," katanya pada majlis prapelancaran cawangan utama House of Zaira di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive