Pengikut Boyzzonne

Friday, September 14, 2012

GADIS KURUSKAN BADAN UNTUK SEKS


BRISTOL – Seorang gadis, Charlotte Royce, 25, sanggup mengurangkan berat badannya semata-mata untuk menjalin hubungan seks, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketika berumur 21 tahun, Charlotte mempunyai berat badan 139.70 kilogram dan dia melakukan diet sehingga berjaya mengurangkan separuh daripada berat badannya itu.
“Sejak saya menjadi langsing, saya menjadi daya
tarikan ramai lelaki. Itulah senario dunia yang kita hadapi kini,” kata gadis itu yang bekerja sebagai wakil jualan.

Enam bulan lalu, dia hilang dara kepada seorang lelaki yang dikenalinya ketika bercuti di Marbella.
Dia berikrar mengurangkan berat badan selepas menemui seorang lelaki dalam satu temu janji ketika berat badannya 139.70 kilogram.
“Raut wajah lelaki itu berubah apabila dia melihat saya tetapi dia bercakap jujur dengan menyatakan pilihan hatinya ialah perempuan yang langsing,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian berdiet, melakukan senaman dan berjalan selepas waktu kerja sehingga berat badannya berkurangan. – Agensi

1 comment:

  1. terbaiklah post ni... saya suka membacanya dan ia berguna kepada si pembaca..teruskan usaha anda ^.^

    Kuruskan Badan Sambil Makan McD

    ReplyDelete

SHARE THIS

Blog Archive