Pengikut Boyzzonne

Sunday, September 16, 2012

Khidmat bas terus ke Legoland dari Singapura

TAMAN tema Universal Studios di Singapura kini mendapat saingan baharu dengan kewujudan Taman Tema Legoland di Johor.

SINGAPURA - Warga Singapura boleh mengunjungi Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor menerusi perkhidmatan bas terus dari pusat bandar di sini yang disediakan mulai semalam.
Bas-bas tersebut akan bertolak dari Singapore Flyer setiap 30 minit pada waktu puncak dan tiba di Legoland dalam masa kurang daripada sejam.
Perkhidmatan itu dikendalikan oleh WTS Travel dan
tambang yang dikenakan bagi laluan terus itu ialah S$20 (RM50) seorang.
Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata, langkah itu bertujuan menjadikan perjalanan ke taman ini semudah mungkin terutamanya bagi mereka yang sudah berkeluarga.
"Dengan perkhidmatan hingga ke muka pintu ini, pelawat boleh mengunjungi taman ini dengan selesa dan boleh merasa pasti bahawa perjalanan mereka kurang meletihkan," katanya.
Beliau berkata, bagi mereka yang berminat untuk memandu sendiri, taman ini mempunyai lebih 3,500 ruang parkir. - Bernama

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive