Pengikut Boyzzonne

Sunday, September 16, 2012

Legoland Johor Cabar Universal Studio Singapura



JOHOR BAHRU - Lebih 10,000 orang membanjiri Taman Tema Legoland pertama di Asia yang dibuka secara rasmi semalam sekali gus menjadikan Johor dan Iskandar Malaysia sebagai antara hab hiburan utama di Asia.
Ribuan pengunjung berbaris menanti dengan penuh sabar seawal 7 pagi untuk memasuki taman tema yang berkeluasan 31 hektar itu yang terletak
di Nusajaya dekat sini.
Keadaan itu sekali gus mencetuskan keyakinan ia bakal menjadi daya tarikan baharu pelancongan mengatasi Universal Studios di Singapura.
Ia merupakan Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund di Denmark, Legoland Windsor di England, Legoland California dan Legoland Florida di Amerika Syarikat serta Legoland Deutschland di Jerman.
Sebagai simbolik kepada upacara pembukaan, Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst menaiki kereta penyelamat mini Lego sambil diiringi persembahan pancaragam dan maskot yang memeriahkan lagi suasana.
"Ia merupakan saat yang begitu emosi untuk saya dan setiap orang di Legoland. Saya amat bernasib baik kerana menjadi sebahagian daripada mereka yang merasakan saat emosi seumpama itu di sini," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive