Pengikut Boyzzonne

Monday, September 24, 2012

JPJ tidak saman secara membuta tuli

KAMERA AES di KM6.6 Jalan Kajang-Puchong ini adalah antara 14 unit yang telah beroperasi mulai 

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi jaminan tindakan menyaman pesalah lalu lintas menerusi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mula beroperasi
semalam tidak akan dilakukan secara membuta tuli.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan (gambar kecil) berkata, pihaknya mempunyai kakitangan terlatih di Pusat Kawalan AES untuk meneliti imej serta membuat semakan dengan pangkalan data JPJ sebelum mengeluarkan saman.
"Jika imej kenderaan yang dirakam oleh kamera tidak sepadan dengan nombor pendaftaran kenderaan dalam pangkalan data kami, siasatan lanjut akan dijalankan sebab kami mahu mengelak tindakan kepada pihak yang tidak bersalah," jelasnya dalam satu kenyataan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive