Sepanyol – Belumpun reda dengan ketegangan akibat penerbitan klip video filem Innocence of Muslims dan penyiaran karikatur oleh sebuah majalah di Perancis yang menggambarkan Nabi Muhammad, kini sebuah lagi majalah sengaja mencari nahas.
Majalah satira politik, El Jueves telah menyiarkan
gambar Nabi Muhammad di muka depannya dalam edisi terbarunya.
Pada muka depan majalah tersebut tertulis `Tetapi… adakah sesiapa mengetahui bagaimana rupa Muhammad’’.
El Jueves bagaimanapun enggan mengulas motif di sebalik penyiaran karikatur berkenaan yang terang-terang menghina Islam dan Nabi Muhammad.
Susulan penyiaran kartun berkenaan, kedutaan Sepanyol memintas rakyatnya di Mesir supaya berhati-hati.
Namun ia masih mengkaji langkah yang akan diambil sama ada kawalan keselamatan di kedutaannya di negara Arab akan dipertingkatkan.
Minggu lalu, majalah Charlie Hebdo turut menyiarkan gambar Nabi Muhammad hingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Ia disiarkan selepas penerbitan klip video anti-Islam yang dilihat sebagai satu provokasi ke atas umat Islam hingga menyebabkan seorang Menteri Kabinet Pakistan menawarkan ganjaran lebih RM300,000 kepada mereka yang berjaya membunuh penerbit filem itu.
Penyebaran klip itu juga menyebabkan kedutaan Amerika Syarikat di beberapa negara menjadi sasaran.
Malah dutanya di Libya bersama tiga lagi warganya terbunuh dalam keganasan selepas klip video itu disiarkan dalam YouTube.
Beberapa negara turut mengambil tindakan mengharamkan video klip berkenaan.
No comments:
Post a Comment