Pengikut Boyzzonne

Saturday, September 29, 2012

‘Pukul’ Jadi Punca Tiz & Remy Putus Cinta?


Selepas pelakon lelaki, Remy Ishak mengumumkan hubungan cintanya dengan pelakon wanita, Tiz Zaqyah sudah putus sejak tiga bulan yang lalu, pastinya akan ada pihak-pihak yang cuba mengorek punca perpisahan itu terjadi.
Tiz sudah awal-awal lagi enggan memberikan sebarang
komen mengenai berakhirnya hubungan mereka.
Katanya, keadaan itu akan membuatkan dirinya lemas dan terganggu.
Yang diberikan perhatian hingga kini adalah Remy.
Benarkah hubungan cinta mereka berakhir kerana Remy cepat naik tangan atau suka memukul Tiz?
Maklumlah, dalam hubungan Remy sebelum ini dengan pelakon wanita muda, Ummi Nazeera juga berakhir selepas Remy didakwa telah memukul Ummi.
Menerusi laman Buahmulut.com, Remy sudah tidak mahu punca perpisahannya dengan Tiz dibangkitkan lagi.
Katanya, mereka berpisah adalah secara baik selepas berbincang dan puncanya biarlah mereka berdua sahaja yang tahu.
“Saya rasa pun tak ada apa yang hendak dijelaskan lagi dah. Memang hubungan kami sampai disitu sahaja dan perpisahan ini adalah keputusan kami bersama.
“Tentang punca sebab perkara ini berlaku biarlah kami sahaja yang tahu,” kata Remy.
Jelas Remy lagi, dia mendedahkan hubungan mereka yang sudah berakhir kerana tidak mahu keadaan antara dia dan Tiz menjadi parah di kemudian hari.
Sekiranya dia masih berdiam diri, pastinya akan ada pihak-pihak tertentu yang mudah membuat spekulasi negatif tentang diri mereka.
“Saya sebenarnya tak nak suatu hari nanti ianya jadi lebih parah. Maksud saya tak mahu diam terlalu lama dalam hal ini.
“Andai kata nanti dia (Tiz) dengan orang lain, saya pun dengan orang lain ianya akan jadi lebih parah dan lagilah orang akan mula buat pelbagai spekulasi yang dasat. Jadi sebab itu saya buka mulut pada ketika ini supaya orang faham situasi semasa,” katanya.
Oleh: NAIMAH SHAARI

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive