Pengikut Boyzzonne

Thursday, September 27, 2012

SWP nafi terlibat sewa jet eksekutif


KUCHING - Parti Pekerja Sarawak (SWP) menafikan spekulasi yang mendakwa parti itu terlibat dalam urusan tempahan jet eksekutif yang dinaiki Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin pembangkang ke
Labuan, Sabah pada pertengahan bulan ini adalah tidak berasas.
Presidennya, Larry Sng Wei Shien (gambar) memberitahu, SWP tidak mempunyai sebarang hubungan 'istimewa' seperti yang didakwa pelbagai pihak meskipun bapanya yang juga Ketua Umum SWP, Datuk Sng Chee Hua dikaitkan mempunyai hubungan rapat dengan Anwar.
"Ini berita baharu yang mengejutkan saya dan saya tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara membabitkan ayah saya kerana saya tiada hak untuk campur tangan dalam urusannya.
"Justeru, saya tidak sesuai untuk memberi sebarang komen mengenai bapa saya," katanya ketika dihubungi semalam.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive