Pengikut Boyzzonne

Friday, September 28, 2012

Taikun Tawar Lebih RM 200 Juta Jika Berjaya Kahwin Anaknya Yang Lesbian


Hong Kong – Semua bapa ingin melihat anak mereka berkahwin dan mempunyai cahaya mata.
Tidak terkecuali ialah bilionair Hong Kong, Cecil Chao Sze-tsung, yang ingin menyaksikan anak perempuannya, Gigi, berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.
Namun hasratnya tidak kesampaian apabila Gigi, yang juga lulusan Universiti Manchester rupanya seorang lesbian dan dilaporkan telah mengikat
tali pertunangan dengan rakan sejenisnya, Sean Eav di Paris pada 4 April lalu.
Tidak mahu berputus asa, Cecil kini menawarkan ganjaran lebih Rm 200 juta kepada mana-mana lelaki yang berjaya mencuri hati anak perempuannya hingga ikatan mereka berakhir di jinjang pelamin.
Taikun hartanah itu melancarkan pencarian suami baru-baru ini.
“Saya tidak kisah sama ada lelaki itu miskin atau kaya, yang penting dia mempunyai sifat yang baik.
“Gigi adalah seorang wanita yang baik selain mempunyai rupa serta berbakat. Dia amat menyayangi ibu bapanya dan suka melakukan kerja-kerja kebajikan,’’ kata jutawan berkenaan.
Cecil berkata, wang berkenaan adalah sebagai tarikan kepada mana-mana lelaki untuk memikat anaknya, bukan dijadikan modal untuk memulakan perniagaan sendiri.
Namun beliau tidak akan memaksa anak perempuannya itu jika dia enggan mengawini lelaki berkenaan.
Gigi kini merupakan pengarah eksekutif di syarikat hartanah bapanya, Cheuk Nang.
Hasrat taikun berkenaan bagaimanapun mendapat kritikan dengan ramai yang menyifatkan tawaran tersebut umpama menjual anak sendiri.
Malah ada juga yang memintanya menerima anaknya itu seadanya walaupun dia seorang lesbian.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive