Kata orang kalau kita melakukan sesuatu pekerjaan itu kita tidak harus tertumpu kepada perkara sama je setiap hari.
Kita haruslah ada kreativiti sendiri supaya kerja yang kita buat tu tidaklah terlalu bosan.
Pelbagai cara boleh dilakukan sama seperti pekerja di restauran makanan segera ini.
Dia mempunyai gaya yang tersendiri dalam menghidangkan makanan kepada pelanggannya. Sangat menarik!
Biar tiada rupa janji kerja yang dilakukan itu adalah ikhlas dan halal malah boleh menggembirakan hati orang lain.
Sekali tengok memang macam tiada apa yang berlaku, cara dia melayan pelanggan biasa-biasa saja sama seperti pekerja di ke lain.
Namun, jika diperhatikan, semasa dia memberikan air tin, dia melakukan ‘skill’ yang mampu membuatkan pelanggannya ketawa.
Bagus lah jika begitu. Sekurang-kurangnya dia dapat juga menghiburkan hati pelanggan sekiranya mereka dalam keadaan berduka.
No comments:
Post a Comment