Pengikut Boyzzonne

Friday, September 28, 2012

Talian Khas Bajet 2013 LHDN


KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menyediakan sepuluh talian khas bersempena Bajet 2013 yang dijadual dibentangkan di Parlimen esok.
Pegawai Perhubungan Awamnya, Masrun Maslim berkata, Pusat Operasi Talian Khas Bajet 2013 itu akan beroperasi bermula pukul 7 hingga 10 malam.
“Operasi talian khas bajet ini membolehkan orang ramai mendapat maklumat dan
penerangan berhubung isu-isu percukaian selepas ucapan bajet oleh Menteri Kewangan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Masrun berkata, nombor talian khas yang telah disediakan LHDN adalah 03-8313 8980, 03-8313 8985, 03-8313 8981, 03-8313 8986 dan 03-8313 8982.
Tambah beliau, orang ramai boleh juga mendapat maklumat sama di talian 03-8313 8987, 03-8313 8983, 03-8313 8988, 03-8313 8984 dan 03-8313 8989.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive