Pengikut Boyzzonne

Wednesday, September 26, 2012

Bot Taiwan, Kapal Jepun Balas Tembakan Meriam Air


BEIJING – Kira-kira 40 buah bot nelayan dan 12 buah bot peronda Taiwan melepaskan tembakan meriam air ke arah beberapa buah kapal pengawal pantai Jepun semalam di Laut China Timur.
Kapal pengawal pantai Jepun turut membalas tembakan meriam air dalam perbalahan berhubung isu perebutan Kepulauan Senkaku.

Kejadian itu berlaku pada waktu pagi di sekitar kepulauan tersebut.
Beberapa pegawai pengawal pantai Jepun menyatakan, tembakan meriam air itu dilakukan selepas bot nelayan dan peronda Taiwan menceroboh perairan Jepun.
Selepas tembakan tersebut dilakukan, bot-bot dari Taiwan itu meninggalkan perairan Jepun.
Seorang pengawal pantai Jepun, Hideaki Takase berkata, tembakan meriam air itu hanya disasarkan ke arah bot-bot nelayan.
Kerajaan Jepun membeli sebahagian daripada pulau yang membentuk Kepulauan Senkaku daripada pemilik persendirian dua minggu lalu.
Isu perebutan kepulauan itu telah menyebabkan tunjuk perasaan ganas berlaku di China.
China dan Taiwan turut menuntut kepulauan tersebut. – Agensi

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive