Pengikut Boyzzonne

Friday, September 28, 2012

Aryan Band Bintang Baru Luncai Emas


Nama Aryan Band mungkin agak asing bagi peminat muzik tempatan, namun sebenarnya kumpulan ini telah ditubuhkan sekitar tahun 2010.
Walaupun mengambil masa agak lama untuk meningkat naik, namun usaha mereka berbaloi apabila pada tahun lalu mereka telah disambar untuk menjadi artis di bawah syarikat rakaman milik Datuk M.Nasir iaitu Luncai Emas Sdn Bhd.
Pembabitan pertama mereka bersama Luncai Emas bermula di dalam sebuah projek khas rakaman semula lagu filem Azura keluaran Ace Motion.
Melalui lagu Azura itu juga, mereka telah mendapat peluang mengadakan
persembahan secara langsung pada Anugerah Planet Muzik 2011 di Singapura.
Kini, Aryan Band memperkenalkan single pertama hasil ciptaan sepenuhnya oleh mereka sendiri iaitu Kasih Katakan Sesuatu sebagai tanda pengenalan kehadiran mereka secara serius di dalam industri muzik ini.
Membawakan konsep alternatif rock, lagu berentak rancak itu amat bertepatan dengan imej Aryan Band sendiri.
Kumpulan ini dianggotai enam pencinta muzik masing-masing dalam kalangan umur 25 hingga ke 30 tahun iaitu Farid Yusof sebagai vokalis, Aryan Sani dan Nash Ayemz sebagai pemain gitar, Joey (bass), Reno Fendy (keyboard) dan Mie Apache (dram).
Nama Aryan dipilih sebagai nama kumpula kerana ia melambangkan kuasa, kebijaksanaan dan keupayaan untuk meneroka satu perjalanan baru dalam industri muzik.
Mendapat kepercayaan penuh dari sifu M. Nasir, kumpulan ini dilihat boleh pergi jauh.
Tidak mustahil suatu hari nanti, nama mereka akan berjaya sehingga ke pasaran antarabangsa.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive