Rashid Jani, 75, meninggal dunia di rumahnya di Kampung LBJ pada jam 5 petang dan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan pada jam 10.30 malam.
Isterinya, Wae Aesoh Jehteh, 33, berkata, lima daripada tujuh anak arwah dengan isteri pertama dari sekitar negeri ini hadir dan sempat mengucup wajah arwah buat kali terakhir. “Saya akan meninggalkan rumah ini selepas tamat edah dan menyerahkan kepada peguam berhubung isu tuntutan saman anak keenam arwah suami untuk diselesaikan,” katanya.
Sebelum ini, anak keenam jutawan Felda itu, Nozay, 44, menyamannya di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini dan memohon mahkamah mengisytiharkan setengah daripada kepentingan tanah milik bapanya sebagai harta sepencarian arwah ibunya, Kering Aman. Dia juga memohon bahagian ibunya dibahagikan mengikut faraid kepada waris lain. Selain itu, anaknya memohon supaya nama ibunya didaftarkan sebagai pemilik bersama dalam surat hak milik hartanah
Rashid yang kecewa dengan tindakan anaknya, memfailkan pembelaan dan membuat enam tuntutan balas. Perbicaraan kes itu yang bermula sejak Mac lalu sepatutnya bersambung pada 12 Oktober ini.
Wae Aesoh yang berasal dari Narathiwat, Thailand berkata, dia berharap isu tuntutan itu diselesaikan secara baik dan menyerahkan kepada peguam arwah suaminya untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment