Pengikut Boyzzonne

Saturday, September 29, 2012

The Ørestad College | sekolah termewah di dunia

The Ørestad College merupakan sekolah termewah di Denmark malah di dunia sekali. Bangunan sekolah ini nampak seperti shopping kompleks tetapi ianya adalah sekolah. Sekolah ini direka seselesa mungkin untuk para pelajar dengan begitu diharap mereka boleh menghasilkan prestasi maksimum. Kalangan ahli akademik Denmark percaya
bahawa sinaran matahari dapat membangkitkan semangat belajar para pelajar. Oleh itu, bangunan sekolah telah direka bentuk sedemikian rupa untuk memaksimumkan masuknya sinar matahari sebagai penerangan.

Tidak seperti umumnya sekolah direka dengan bentuk kotak, maka reka bentuk bahagian dalam sekolah ini menjadi serba terbuka, sehingga lantai bahagian atas boleh melihat bahagian-bahagian di bawahnya. Selain sambungan internet di setiap tempat, setiap pelajar juga mendapat laptop percuma. 

Juga terdapat bantal oren multi fungsi-fungsi yang boleh digunakan untuk santai, belajar, atau tidur untuk melepas kepenatan. Jika segala kemudahan sekolah ini cukup keperluan, tidak khuatir sekolah ini tidak akan mengalami masalah prestasi keputusan peperiksaan dan ranking sekolah tapi bergantung kepada pelajarnya juga. Kalau kurang bijak, macam itulah keputusannya. Mengenai yurannya, baik tak payah tahu. Tak akan mampu punya.


Read more:http://terowonginformasi.blogspot.com http://terowonginformasi.blogspot.com/2012/09/the-restad-college-sekolah-termewah-di.html#ixzz27nCgVqrB
Under Creative Commons License: Attribution

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive