Pengikut Boyzzonne

Saturday, September 29, 2012

Lepas gian atas pokok setinggi 5 meter


KUANTAN: Sekumpulan penagih tegar di Tanjung Lumpur, di sini, sanggup bergadai nyawa apabila membina sebuah pondok di atas pokok setinggi lebih lima meter sebagai ‘port’ melepaskan gian.


Lebih menarik, pokok dipilih itu terletak di atas pulau kecil dan kumpulan penagih itu hanya boleh memanjat pokok berkenaan ketika air pasang kerana jika tidak, persekitaran pulau itu berselut hingga paras lutut, sekali gus menyukarkan mereka memanjat.'

Difahamkan, pondok di atas pokok itu markas kedua kumpulan berkenaan dan akan hanya digunakan ketika air pasang manakala markas utama mereka adalah sebuah pondok buruk di tebing sungai berdekatan.

Dalam serbuan di kedua-dua lokasi itu malam kelmarin, 17 penagih ditahan ketika sedang asyik melepaskan gian di markas utama manakala serbuan di markas kedua gagal menemui sasaran berikutan air surut.

Serbuan diketuai Inspektor Arman Ibrahim dari Cawangan Risikan, Operasi dan Tahanan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang bersama 35 anggota itu terpaksa membuat pemantauan dan rondaan sebelum terserempak dengan beberapa individu dipercayai penagih menunggang motosikal menuju ke port itu.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive