Pengikut Boyzzonne

Friday, September 28, 2012

Penguatkuasa DBKL Terima Insentif RM200


KUALA LUMPUR – Pegawai dan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Gred 52 dan ke bawah akan menerima Bayaran Insentif Penguatkuasa (BIP) sebanyak
RM200 sebulan bermula Oktober ini.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan BIP pada 1 Ogos lalu. “Pemberian BIP ialah untuk pegawai dan anggota yang melakukan tugas-tugas khas termasuk menjaga aset Datuk Bandar,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Pembarisan Hari Penguatkuasa DBKL ke-43 di sini, hari ini.
Raja Nong Chik berkata 1,584 pegawai dan anggota DBKL akan menerima BIP, yang diharap dapat memberikan suntikan semangat untuk mereka berkhidmat dengan cemerlang. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive