Kelihatan cantik adalah impian setiap wanita. Tak hairanlah, artis wanita popular seperti Angelina Jolie, Megan Fox dan lain-lain kerap dijadikan rujukan untuk tampil kelihatan cantik. Bahkan, ada yang mengatakan penggabungan mereka yang cantik-cantik belaka ini dipercayai sebagai wanita paling cantik dan ideal.
Sebelum ini, ilustrasi Wanita Tercantik Di Dunia yang merupakan gabungan bibir seksi Angelina Jolie dan alis mata Megan Fox dan beberapa bahagian lain oleh artis lain. Kali ini, tersebar versi baru yang lebih sempurna. Gabungan itu adalah hasil wajah daripada Natalie Portman, Scarlet Johansson dan lain-lain.
Berdasarkan maklumat dari media, majalah Marie Claire Australia telah mengeluarkan satu lagi versi wanita tercantik yang lebih neutral dari versi yang sebelumnya. Seperti yang dilaporkan Dailymail, data tersebut diperolehi daripada permintaan pembedahan plastik yang diinginkan pelanggan.
Wanita Tercantik Di Dunia |
Teori wanita cantik ini memang tidak sembarangan diwujudkan. Ianya hasil pengumpulan data selama 12 bulan, kebanyakkan wanita yang menjalankan pembedahan plastik di Australia banyak meminta anggota tubuhnya diubah seperti artis-artis ini. Malahan, mereka sanggup mengeringkan kocek hingga jutaan dollar hanya untuk mendapatkan wajah seperti idola mereka.
No comments:
Post a Comment