Pengikut Boyzzonne

Wednesday, September 19, 2012

Fakta Dan Auta Unik Tentang Bulan


Tentang Bulan
Usia Bulan :
Usia bulan lebih tua daripada yang diperkirakan, bahkan diperkirakan lebih tua daripada matahari itu sendiri! Umur Bumi paling tua yang dapat diperkirakan adalah 4.6 Million tahun. Sementara itu batuan Bulan malah sudah berumur 5.3 Million tahun. Bulan lebih tua 1 million tahun berbanding Bumi!

Lebih keras diatas :

Normalnya sebuah planet akan keras di dalam dan makin lama makin lembut diatas, seperti bumi kita. Tidak demikian halnya dengan bulan. Bahagian dalam bulan seperti berongga, sementara bahagian atasnya keras sekeras Titanium. Hal inilah yang menyebabkan bahawa bulan bagaimanapun juga sangat kuat dan tahan serangan. Kawah terbesar di Bulan berdiameter 300KM, dengan kedalaman hanya 6.4KM. Sementara itu, menurut hitungan ilmuwan, jika batuan yang menghentam bulan tadi, menghentam Bumi, maka akan terbentuk lubang paling tidak sedalam 1.200KM!

Bulan yang berongga juga dibuktikan saat krew Apollo yang meninggalkan Bulan, membuang kembali sisa pesawat yang tidak digunakan kembali ke Bulan . Hasilnya, sebuah gempa dan gema pada permukaan bulan terjadi selama 15 minit. Penemuan ini diulang kembali oleh krew Apollo 13, yang kali ini jatuh lebih keras, menimbulkan gema selama 3 jam 20 minit.

Ibaratnya seperti sedang membunyikan lonceng yang kemudian berdentang, hanya saja kerana tidak ada udara, maka suara dentang lonceng yang dihasilkan tidak boleh didengari oleh manusia. Sementara itu, penemuan ini dipersoalkan oleh Carl Sagan, bahawa satelit semulajadi tidak mungkin kepong ke dalamnya.

Bebatuan Bulan :
Asal usul batuan dan debu bulan sendiri tidak jelas, kerana perbezaan komposisi pembentuk bulan yang berbeza sekali dengan komposisi batuannya. Batu yang pernah diambil team apollo sebesar 380KG lebih, menunjukkan adanya bahan unik dan langka seperti Titanium murni, kromium, itrium, dan lain lain. Logam ini sangat keras, tahan panas, anti oksidasi. Jenis logam ini tidak terdapat secara alamiah di alam, dan jelas tidak mungkin terbentuk secara semulajadi.


Para ilmuwan juga mengalami kesulitan menembus sisi luar bulan sewaktu mereka menggali bahagian terluar bulan. Setelah di teliti, bahagian yang di bor tadi adalah sebuah mineral dengan kandungan titanium, uranium 236 dan neptunium 237. Bahan bahan super keras anti karat, yang juga tidak mungkin terbentuk secara semulajadi, kerana digunakan di bumi untuk membuat pesawat stealth. Kemungkinan besar, ini logam hasil buatan manusia!

Batuan bulan juga entah bagaimana sangat magnetik. Padahal tidak ada medan magnet di Bulan itu sendiri. Berbeza dengan bumi yang banyak sekali mengandung medan magnet.

Air menguap :
Pada 7 Maret 1971, instrumen bulan yang dipasang oleh astronot merekam adanya air melewati permukaan bulan. Wap air tadi bertahan hingga 14 jam dan menutupi permukaan seluas 100 mil persegi.

Ukuran bulan = Matahari ?
Bulan boleh menutupi matahari dalam gerhana bulan total, tapi ukurannya tidak sama. Yang menarik, jarak matahari ke bumi persis 395 kali lipat jarak bulan ke bumi, sedangkan diameter matahari persis 395 kali diameter bulan. Pada saat gerhana matahari total, ukuran bumi dan bulan persis sama, sehingga matahari mampu tertutupi oleh bulan secara sempurna. Hitungan ini terlalu cermat dan akurat jika hanya merupakan kebetulan astronomi semata.

Orbit yang aneh :
Orbit bulan merupakan satu satunya yang benar benar hampir bulat sempurna dari semua sistem tata surya kita. Berat utama bulan terletak lebih dekat 6000 kaki berbanding pusat geometrinya, yang seharusnya justeru itu mengakibatkan orbit lengkung. Sesuatu yang tidak diketahui telah membuat bulan stabil pada asalnya. Suatu teori yang belum diyakini benar adanya juga mengatakan bahawa wajah bulan yang selalu sama di setiap harinya kerana adanya suatu hal yang menyebabkan ia terjadi begitu. Yang pada intinya, tetap suatu kebetulan astronomi.

Asal usul bulan :
Teori bahawa bulan adalah sebahagian dari bumi yang terkeluar kerana hentaman hebat di masa silam hampir saja disetujui oleh semua orang, setelah sebelumnya mereka mengira bahawa bulan terbentuk dari debu debu angkasa yang mampat menjadi satelit bumi. Kebelakangan ini teori menyebutkan bahawa jika bahagian sebesar bulan terambil dari bumi, maka bumi tidak akan mampu membulat seperti sekarang. Dan jika bulan tidak berongga, maka tidak mungkin bulan mampu berada menjadi satelit bumi.

Teori teori asal usul bulan kembali dipersoalkan, dan teori paling gila sepanjang sejarah mulai muncul iaitu bahawa bulan diciptakan dengan sengaja oleh manusia terdahulu sebagai alat bantu dalam navigasi dan juga astronomi!

Bulan adalah kapal luar angkasa ?
Kesempurnaan bulan yang keterlaluan, dan pelbagai anomal yang ada dibulan, ditambah banyaknya benda benda terbang yang tidak dikenali di bulan membuatkan banyak pihak mengatakan bahawa kemungkinan besar bulan adalah sebuah pesawat luar angkasa super besar yang diciptakan oleh mahluk cerdas pendahulu kita. Dan bulan BELUM ditinggalkan oleh penghuninya! Semua krew Apollo dan astronomi lain atau peneliti bulan, semuanya telah melihat cahaya² dari objek² terbang yang tidak dikenali yang lalu lalang diantara bulan, muncul dan hilang begitu saja, bahkan selalu menyertai setiap kedatangan dan kepergian para team astronomi yang mengunjungi bulan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive