Pengklonan telah mengalami kemajuan pesat selama 15 tahun yang dimulai dari kambing yang dinamakan Dolly sehingga seekor kuda bernama Prometea.
Dolly, kambing klon yang pertama.
masalah serta akibat yang ditimbulkan ini menjadii bahan
perdebatan yang sengit. Berikut merupakan 5 haiwan hasil klon yang dianggap menyebabkan kontroversi menurut Nick Collins seorang jurnalis Telegraph.
Kambing Bernama Dolly
Kehadiran Dolly merupakan peristiwa penting dalam teknologi genetik yang menunjukkan bahawa para ilmuwan boleh membalikkan sel kambing dewasa menjadi embrio yang kemudiannya menjadi kambing baru.
Kelahirannya mencetuskan perdebatan sengit tentang etika dan akibat pengklonan. Seorang penulis mengatakan bahawa Dolly “menatap anda dengan kedua mata merahnya dengan penuh kebencian”.
penafian etika yang menentang pengklonan haiwan diperkuatkan ketika kambing tersebut dikritik pada tahun 2003 setelah menghidap penyakit paru-paru. Haiwan tersebut ditimpa dengan masalah-masalah kesihatan juga menderita kerana artritis prematur.
Tikus Bernama Cumulina
Cumulina merupakan tikus yang pertama dari lima puluhan tikus serupa sepanjang tiga generasi yang dibuat di Universiti Hawaii pada tahun 1998. Haiwan klon tersebut dinamakan Cumulina kerana dia dibuat dari DNA sel-sel kumulus yang mengelilingi telur yang sedang berkembang pada telur tikus betina. Cumulina merupakan haiwan pertama yang diklon dari sel-sel dewasa yang bertahan hingga masa dewasa dan menghasilkan dua seperindukan yang sihat.
Gaur (Bos Gaurus) Bernama Noah
Noah haiwan gaur (spesis dari Asia Tenggara yang mirip bison), mewakili percubaan pertama yang dilakukan oleh para ilmuwan untuk mengklon haiwan yang terancam pupus. Para ilmuwan di Amerika berharap, boleh mengambil langkah besar dalam usaha melindungi spesis yang terancam pupus dengan melahirkan klon gaur di sebuah penternakkan di Iowa. Namun Noah mati setelah lahir pada tahun 2001.
Kucing Bernama CC
CC atau Carbon Copy yang lahir pada tahun 2001 merupakan haiwan peliharaan pertama yang diklon. Para ilmuwan berharap bahawa penciptaan carbon copy kucing boleh menjadikan pemilik kucing ini menjadi haiwan peliharan kesayangan keluarga.
Rainbow yang merupakan kucing original bertubuh gemuk dan memiliki warna putih dengan bintik-bintik coklat, coklat muda dan keemasan. manakala CC bertubuh ramping dengan warna putih dan belang abu-abu. selain itu, kedua-dua kucing tersebut memiliki sifat yang berbeza. Rainbow pendiam tetapi CC suka bermain.
Sapi Bernama Vandyk-K Integ Paradise 2
Haiwan ini merupakan salah satu dari tiga yang dikembangkan dari sel-sel yang diambil dari sapi yang memenangi pelbagai perlumbaan bernama Vandyk K Integ Paradise di Amerika. Embrio-embrio yang dibekukan dari kloning tersebut ditanamkan pada induk-induk pengganti.
Vandyk-K Integ Paradise 2 menjadi pusat pembicaraan ketika daging dari keturunan kloning tersebut memasuki pasaran.
No comments:
Post a Comment