Pengikut Boyzzonne

Tuesday, September 18, 2012

Bomoh gila seks ditangkap

KIRI: Anggota JHEAINS menahan bomoh yang disyaki memperdayakan mangsa dengan amalan nikah batin di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu, Seremban

SEREMBAN – Taktik seorang bomoh memperdaya pesakitnya yang terdiri daripada golongan wanita untuk melakukan hubungan seks dengan alasan perubatan akhirnya memakan diri apabila dia ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu di sini semalam.
Sebelum melakukan hubungan seks dengan pesakitnya, lelaki berusia 48 tahun itu turut mengadakan upacara nikah batin dengan
wanita berkenaan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Husaini Mustafa berkata, lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan ketika merawat seorang wanita berusia 23 tahun.
Katanya, ketika ditahan, lelaki berkenaan hanya berseluar dalam manakala wanita terbabit masih berpakaian lengkap.
“Serbuan itu dilakukan selepas kita menerima aduan daripada orang ramai dan risikan pegawai JHEAINS selama seminggu.
“Hasil daripada serbuan itu, kita menahan lelaki terbabit kerana disyaki mengamal nikah batin sebelum melakukan hubungan seks dengan pesakitnya dengan alasan untuk merawat wanita berkenaan,” katanya di sini semalam.
Beliau memberitahu, lelaki yang tinggal di Kuala Lumpur itu datang ke rumah terbabit untuk merawat seorang wanita yang menghadapi masalah mendapatkan anak.
“Kita dapati lelaki ini menggunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk memperdaya mangsa melakukan hubungan seks dengannya dengan alasan salah satu cara untuk mengubati penyakit.
“Sebelum melakukan hubungan seks lelaki ini akan mengadakan upacara nikah batin dengan bayaran mas kahwin RM200 dengan alasan untuk menghalalkan hubungan tersebut,” jelasnya.
Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas beberapa buah kitab perubatan termasuk satu kitab suci al-Quran yang digunakan lelaki berkenaan ketika upacara nikah batin.
“Kita percaya lelaki ini sudah aktif di beberapa negeri sejak beberapa bulan yang lalu namun tiada mangsa yang tampil membuat aduan,” katanya.
Katanya, lelaki itu yang bekerja sendiri dan sudah berkeluarga kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mencela agama Islam, Seksyen 50 kerana menggunakan ayat-ayat al-Quran secara salah dan Seksyen 77 kerana memikat dan melarikan wanita untuk tujuan seks.
Bagi setiap seksyen, tertuduh boleh dikenakan denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive