Pengikut Boyzzonne

Tuesday, September 18, 2012

Kepala pengawal keselamatan pecah digilis empat kereta


SETIU – Seorang pemuda terkilan apabila gagal menyelamatkan seorang pengawal keselamatan yang tercampak ke atas jalan raya sebelum lelaki itu maut selepas dilanggar dan digilis empat buah kenderaan dalam kemalangan di Kampung Saujana dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 10 malam itu menyebabkan
Mohd. Rafiezudin Razali, (gambar kecil) 20, maut selepas mengalami kecederaan parah dengan otaknya bersepai manakala sebahagian kepalanya pecah. Seluruh badannya juga mengalami kecederaan parah.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit di Kampung Beris Tok Ku yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya.
Saksi kejadian, Fathul Ammar Amsyar Hasbullah, 17, memberitahu, sebelum kejadian, dia yang menaiki sebuah kereta bersama dua rakannya berada di belakang motosikal yang ditunggang mangsa.
Katanya, mangsa kemudian tercampak ke tengah jalan selepas melanggar sebuah motosikal yang diletakkan di tepi jalan.
“Sebaik melihat mangsa tercampak, saya terus berhenti untuk membantunya selepas melihatnya mengerang kesakitan sambil memegang kepala.
“Namun, belum sempat saya bertindak, badan mangsa dirempuh dua buah kereta, masing-masing Perodua Viva dan Proton Saga dari arah Besut menyebabkan mangsa terseret sejauh kira-kira 10 meter,” ceritanya yang kesal tidak dapat membantu mangsa.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive