Pengikut Boyzzonne

Monday, September 17, 2012

Siapa Artis Yang Beraksi ‘Hangat’ Ni?


Tanyalah mana-mana artis, termasuk artis nasyid, ‘showmanship’ adalah penting dalam setiap persembahan yang mereka buat.
Apatah lagi bila melibatkan show di mana mereka dibayar beribu-ribu ringgit untuk menghiburkan khalayak yang datang…kalau setakat berdiri macam tiang mau dibaling dengan telur busuk oleh penganjur.
Dan bila bercakap pasal showmanship ni, ada artis terutama yang
wanita, menggunakan daya tarikan seksual yang ada pada mereka untuk menarik perhatian penonton.
Selalunya artis macam ini taklah hebat sangat suaranya, album pun payah nak jual. Jadi untuk memastikan ‘survival’  mereka dalam industri ini, mahu tak mahu terpaksalah pakai baju seksi meksi masa buat show, menari dengan gaya yang menggiurkan, peluk penonton sana, peluk penonton sini, terkangkang sana dan terkangkang sini.
Tak percaya? Cuba kita tengok penyanyi yang hebat seperti Datuk Siti Nurhaliza, Ella, Datuk Shiela Majid (sekadar menyebut beberapa nama), takde pulak kita tengok mereka ‘over’ sewaktu melakukan persembahan.
Dan sekarang tengah kecoh di blog-blog kisah penyanyi wanita seorang ni. Penulis malas nak tulis namanya, anda tengok gambar, tekalah sendiri.

Ini emel yang diterima portal hiburan Beautifulnara.com dari salah seorang penonton yang menyaksikan gelagat artis berkenaan ketika itu;
———————————————————-
Assalamualaikum abang Nara. Seperti mana tajuk email ini, begitulah isi kandungannya. Saya tak mahu mengulas panjang tapi, abang nara lihatlah kebenaran pada gambar gambar ini. Saya faham dia penghibur, tapi persoalannya apa perlu berkelakuan ghairah sebegitu? Kawan kawan yg bukan muslim yang hadir ke majlis ini majoritinya mempersendakan kami dek kerana perlakuan si penyanyi ini. Sungguh memalukan. Sudahlah pakaiannya sebegitu rupa ditambah pulak dengan adegan menggesel bontot pada kemaluan lelaki lain berpelukan rapat tak kira siapa melagakan buah dada dibadan lelaki aksi split di atas pentas dgn skirt yg amat mini
sampai ke tahap itu kesanggupannya atas lesen menghibur? Keji! Memualkan! Tujuan saya menghantar kepada abang nara bukan hendak memalukan si artis, tapi peringatan kepada semua.
———————————————————————————————————————————–
Errmmm…apa kata anda? – Oleh SYAHRIL A. KADIR

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive