Pengikut Boyzzonne

Tuesday, September 18, 2012

Suaram bakal didakwa minggu ini

ISMAIL SABRI (tengah) melancarkan produk My Seniman pada Majlis Mega Raya My Seniman 2012 di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan, Zed Zaidi (kiri).

KUALA LUMPUR - Pertubuhan bukan kerajaan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) akan didakwa di mahkamah minggu ini setelah hasil kertas siasatan berkaitan pertubuhan itu telah selesai dan mendapat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara umumnya hasil kertas siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai hubungan Suaram dengan Open Society Institute itu telah didedahkan kepada orang ramai.

"Kita lewat sedikit kerana Ketua Pegawai Eksekutif SSM (Mohd. Naim Daruwish) terpaksa mendapatkan kebenaran dan nasihat daripada Jabatan Peguam Negara terlebih dulu kerana ia melibatkan kes yang melibatkan kepentingan umum.
"Saya melihat kes ini bukan kes normal, sebaliknya kes berprofil tinggi, jadi tentulah mereka kena dapatkan kebenaran dan nasihat daripada Jabatan Peguam Negara," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Mega Raya My Seniman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
Pada majlis tersebut, My Seniman dilancarkan sebagai jenama produk dan perkhidmatan di bawah naungan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Muslim Malaysia (DPPMM) hasil kerjasama dengan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Menerusi penjenamaan itu, My Seniman akan memberi royalti terhadap produk yang didaftarkan atas jenama tersebut kepada ahli-ahli Seniman dan DPPMM selain membantu pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mempromosikan produk mereka.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive