Pengikut Boyzzonne

Tuesday, September 18, 2012

Tidak sanggup kembar dipisah

Keadaan Muaimin Azli (kanan) yang sering demam menyebabkan dia bersama abangnya, Muaiman (kiri) terus dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani pembedahan pada Julai lalu.

KUALA LUMPUR – Meskipun sudah mampu menjalani kehidupan normal, sepasang kembar Siam yang menjalani pembedahan maraton di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hampir dua bulan lalu masih tidak dibenarkan pulang ke rumah mereka di Johor.
Bapa kembar tersebut yang kini berusia 17 bulan, Azli Sabran berkata, hal tersebut disebabkan keadaan Muaimin yang kini memiliki kaki kanan sahaja sering menghidap demam berbanding abangnya, Muaiman yang sentiasa ceria.
Katanya, kedua-dua anaknya itu masih menggunakan saluran paip khas setiap kali mereka mahu membuang air besar selain
memakan ubat-ubatan yang ditentukan oleh doktor.
“Saya lebih rela berada lebih lama di hospital untuk menjaga mereka kerana yang penting mereka mesti betul-betul sihat sebelum dibawa pulang ke rumah.
“Tentu sukar untuk kami berulang-alik dari Segamat ke sini sekiranya mereka memerlukan rawatan tertentu selepas dibawa pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Pasangan kembar itu mencatatkan sejarah tersendiri dalam dunia perubatan negara apabila mereka yang mempunyai tiga kaki, bercantum di bahagian tulang pinggul, berkongsi usus dan saluran kencing berjaya dipisahkan oleh sekumpulan pakar perubatan di HKL pada Julai lalu.
Pembedahan maraton yang memakan masa selama 24 jam itu dibiayai sepenuhnya oleh HKL.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive