Pengikut Boyzzonne

Tuesday, July 31, 2012

Anjing mati kena mercun bola


NIBONG TEBAL - Angkara pertikaian hutang RM6,000 antara dua rakan, seekor anak anjing menjadi korban letupan mercun bola yang dibalingkan ke sebuah rumah di Taman Tang Ling, Simpang Ampat dekat sini baru-baru ini.
Kejadian pada pukul 3.30 petang Jumaat lalu bukan saja menakutkan penghuni
rumah yang gagal membayar hutang malah turut menggemparkan penduduk lain di seluruh taman itu yang mulanya menyangka letupan tersebut berpunca daripada ledakan bom.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat berkata, polis mulanya menerima maklumat terdapat kejadian letupan bom di halaman sebuah rumah di Taman Tang Ling
"Sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebelum siasatan mendapati bunyi letupan kuat yang disangka bom sebenarnya letupan segumpal mercun bola.
"Akibat letupan kuat tersebut, seekor anak anjing milik penghuni rumah terbabit mati dipercayai terkena percikan api daripada mercun tersebut,

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive