Pengikut Boyzzonne

Saturday, August 4, 2012

Lelaki Mati Ditembak Ketika Lepak


KUALA LUMPUR – Akibat dendam, seorang lelaki dipercayai pengawal kelab malam mati ditembak di Serdang Perdana dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian mangsa yang dikenali sebagai K.Silvan, 27, ditembak dalam jarak dekat ketika sedang lepak dan minum bersama dua lagi rakannya di bahu jalan pada kira-kira jam 11.30 malam.
Ketua Polis Daerah Serdang Superintendan Abd Razak Elias berkata, mangsa ditembak satu das di kepala serta dua das di bahagian badan dan polis tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan dendam.
“Siasatan awal mendapati penembak itu merupakan
dua suspek lelaki berumur lingkungan 20-an yang menaiki motor jenis Yamaha LC dengan memakai topi keledar bertutup penuh. Ketika kejadian salah seorang suspek telah turun dan menembak mangsa manakala seorang lagi rakannya menunggu di motosikal,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Bagaimanapun, Abd Razak berkata, dua lagi rakan mangsa tidak dicederakan dalam kejadian itu.
Beliau berkata, mangsa yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Polis meminta saksi kejadian agar tampil memberikan maklumat di balai polis berdekatan.
Sementara itu, menurut saksi kejadian yang enggan dikenali memberitahu mangsa bekerja di kelab malam sekitar Serdang dan tinggal di flat Taman Universiti, Seri Kembangan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive