Pengikut Boyzzonne

Tuesday, July 31, 2012

Temui kulat pelik seakan Gano di laman rumah

Cucu Mahmud, Nurain Farhana Nadzir, 8, memegang kulat yang ditemui datuknya.

PAUH - Seorang pesara hairan apabila mendapati dua kulat seakan-akan spesis Gano tumbuh di hadapan rumahnya.

Mahmud @ Choh Hussin, 71, berkata, dia tinggal di situ lebih 40 tahun lalu sebelum ini tidak pernah menemui kulat berkenaan tumbuh di kawasan rumahnya.

Menurutnya, yang menghairankannya, setelah menyedari kewujudan kulat terbabit dia cuba
mengalihkan kulat itu ke dalam pasu, namun selepas dua hari kulat itu akan mati.

“Kemudian selang seminggu kulat itu tumbuh kembali di tempat yang sama, saya pun mengalihkannya ke dalam pasu buat kali kedua.

"Namun selang beberapa hari kulat terbabit mati, kemudian selang beberapa hari lagi ianya tumbuh lagi dan setelah saya alihkan, kulat itu tidak mahu tumbuh," katanya.

Menurutnya, pada mulanya di melihat kulat yang tumbuh seakan-akan sebiji telur, kemudian semakin membesar.

"Setahu saya belum pernah melihat kulat seperti ini tumbuh terus dari tanah,” katanya.

Mahmud berkata, dia kini cuba menjaga kulat terbabit sebaiknya dan berharap ada pihak boleh mengenal pasti tumbuhan itu sama ada ia hanya kulat biasa atau ada manfaatnya seperti untuk perubatan.

Menurutnya, berkemungkinan besar kulat itu sebahagian spesis Gano kerana rupa dan warnanya seakan-akan tumbuhan unik terbabit.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive