Pengikut Boyzzonne

Saturday, August 4, 2012

Wanita Misteri Tampil Mohon Maaf


London – Wanita misteri  yang muncul secara tiba-tiba ketika kontinjen India berarak pada hari pembukaan sukan Olimpik 2012 lalu, akhirnya tampil memberikan penjelasan.
Menurut Madhura Nagendra, dia bukan sengaja menyelusup masuk sebaliknya
bertugas di situ.
“Saya ingin meminta maaf dan apa yang berlaku adalah disebabkan saya tersilap membuat pertimbangan,’’ katanya.
Madhura berkata, dia memasuki stadium selepas menamatkan latihan.
“Saya tersilap pertimbangan dan akhirnya berjalan bersama dengan atlet terbabit. Saya rasa saya telah membakar sentimen orang ramai, saya mohon maaf,’’ katanya.
“Keadaan juga menjadi kecoh. Terdapat beribu-ribu orang yang sedang berjalan menyebabkan saya menjadi keliru,’’ katanya.
Madhura turut menegaskan dia sedih dengan kritikan orang ramai terhadapnya terutama melalui media sosial.
“Saya bangga menjadi wanita India dan saya harap insiden ini dapat dilupakan supaya saya dapat terus bergerak ke depan,’’ katanya.
Insiden berkenaan telah membangkitkan kemarahan India dan negara itu menuntut permohonan maaf daripada wanita terbabit.
Susulan kejadian itu, Madhura digelar `the woman in red’ kerana dia memakai baju berwarna merah ketika menyertai perbarisan berkenaan.
Seramai 81 atlet India mengambil bahagian dalam sukan Olimpik London ini.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive