Pengikut Boyzzonne

Saturday, August 4, 2012

Langkah Khairul terkandas di peringkat suku akhir

KHAIRUL hanya mampu beraksi pada peringkat suku akhir acara recurve individu Sukan Olimpik 2012 di London.

PERJUANGAN pemanah negara Khairul Anuar Mohamad pada Sukan Olimpik 2012 London sudah berakhir.
Semalam dia tidak mampu meneruskan langkah lagi selepas tumbang kepada
pesaingnya dari Jepun, Takaharu Furukawa 6-2 dalam saingan suku akhir acara recurve individu lelaki yang berlangsung di Lord's Cricket Ground, London.
Selepas bermula cemerlang menyingkirkan pemanah tuan rumah yang lebih baik kedudukan rankingnya, Lord Godfrey (4) dalam pusingan ketiga, Khairul gagal mengulangi pencapaian hebat itu gara-gara tiupan angin yang dikatakan mengganggu konsentrasinya ketika melakukan panahan.
Anak muda berusia 21 tahun yang baharu pertama kali menjejakkan kaki di pentas Olimpik tewas 26-27 dalam pusingan pertama seterusnya 24, 25 sebelum bangkit 28-21 dan kalah 26, 28 sekali gus memberi kemenangan kepada Furukawa yang menduduki ranking kelima dunia.
Dia yang keseorangan meneruskan perjuangan selepas dua lagi rakan sepasukan, Haziq Kamaruddin dan Cheng Chui Sian tersingkir awal sebelum itu menang 6-5 mengatasi Godfrey menerusi penentuan sudden death selepas terikat 5-5 walaupun berdepan dengan ratusan penyokong tuan rumah.
"Tiupan angin terlalu kuat pada petang ini menyebabkan saya terpaksa mengawal busar terlalu lama. Panahan saya tidak menjadi.
"Keadaan berbeza semasa menentang Godfrey yang mana saya dapat mengawal keadaan (penyokong) manakala tiupan angin tidak sekuat petang ini.
"Saya kecewa. Setiap kali saya fokus angin akan mengganggu konsentrasi saya. Kalau ikutkan saya boleh pergi jauh lagi menentang pemain Jepun itu," ujar Khairul.
Kejayaannya mara ke saingan suku akhir turut menyamai pencapaian rakan sepasukan, Chu Sian yang mengalami nasib yang sama ketika beraksi pada temasya di Beijing 2008 apabila tewas kepada pemain Itali.
Dalam pada itu, jurulatih memanah negara, Lee Jae Hyung berkata, dia kecewa kerana tidak dapat melihat anak didiknya itu mara untuk sekurang-kurangnya mendapat pingat.
"Dia (Khairul) sudah mencuba sedaya upaya tetapi apa boleh buat angin terlalu kuat," jelas Jae Hyung.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive