Pengikut Boyzzonne

Friday, August 3, 2012

Format kempen Piala Malaysia diubah tahun depan

FORMAT 16 pasukan yang bersaing  dalam kempen Piala Malaysia musim ini akan menjadi yang terakhir apabila  Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan kesemua pasukan Liga Super dan Liga Perdana bertarung.

Sistem itu akan digunakan mulai musim 2013 hingga 2016.

Menurut Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah, kejohanan 2012  bakal tinggal dalam lipatan sejarah kerana setiap
  pasukan layak menyertainya.

“Selepas ini, format 16 pasukan seperti sekarang sudah tinggal kenangan. Mulai tahun hadapan, pertandingan Piala Malaysia disertai 24 pasukan hasil gabungan dua liga utama negara.

“Untuk kempen kali ini, kejohanan ini akan dijadualkan bermula pada 25 Ogos 2012,” katanya selepas Majlis Undian Piala Malaysia di Dewan Merak Kayangan Felda di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada masa sama, Afandi turut mengumumkan bahawa mulai musim depan  tiada lagi  status pemain pinjaman  akan dibenarkan seperti yang berlaku ketika ini.

“Status pemain pinjaman juga dimansuhkan mulai tahun hadapan bagi kempen Piala Malaysia.

"Ini kerana kesemua pasukan layak beraksi dan tidak memungkinkan mereka bermain bersama pasukan lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment

SHARE THIS

Blog Archive